// Bab satu//
Hakim menendang tong sampah yang berada di tepi pintu bilik darjahnya . Dia geram . Baru sahaja dia dimalukan oleh Maisara,musuh ketatnya . Walaupun mereka berada dalam satu kelas , tetapi tiap-tiap hari mereka akan bergaduh seperti anjing dan kucing .Puncanya Maisara yang sering mengadu kepada Cikgu Salmah tentang Hakim yang sering buli budak-budak junior .
Maisara memasuki kelas dengan wajah yang selamba . Hari ini dia sangat berpuas hati . Hakim memandang Maisara dengan pandangan yang tajam . Dadanya berombak . Maisara telah mengedarkan gambarnya yang tertidur dengan keadaan melucukan pada perkhemahan minggu lepas.
Hakim berjalan kearah Maisara yang duduk bertentangan dengan mejanya . Izwan yang dapat rasakan api kemarahan Hakim terus menyuruhnya duduk di tempat balik . Tetapi arahnnya tidak diendahkan . Semua yang ada di dalam bilik darjah itu terus bangun dari tempat masing-masing dan keluar dari bilik darjah dan hanya mengendap dari tingkap. “KENAPA KAU KASI SEMUA ORANG TENGOK GAMBAR AKU ?!” pekik Hakim dengan nada yang tidak berpuas hati . Maisara hanya sambung membelek buku nota kesayangannya . Hakim terus menyambar buku itu lalu mencampakkan ke dalam tong sampah . Maisara memandang Hakim dengan pandangan yang amat menjengkelkan .
“Kau dah malukan aku , abih sekarang kau tak nak tanggungjawab atas kelakuan kau ? aku nak kau hapuskan gambar aku ! kau faham ?!” Tanya Hakim . Dengan segera Maisara membalas pertanyaan itu dengan ejekan . Dia bangun dan kutip semula bukunya yang berada di tong sampah .Terus dia duduk semula di kerusinya dan memanggil semua pelajar masuk ke kelas . Hakim terasa dirinya kalah terus duduk balik di tempat duduknya . “Aku harus memikirkan rancangan baru ,” fikir Hakim .